...........22 April, Sabtu, bermula awal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun, Selangor. Telah diadakan Sambutan Hari Tapir Sedunia tahun 2017 anjuran Jabatan Perhilitan.
...........Program itu telah dirasmikan oleh Pengarah Perhilitan dan Taman Negara Negeri Selangor, En Rozidan bin Md Yasin.
...........Penyertaan dari beberapa 4 buah sekolah rendah dan 2 buah menengah memeriahkan program berkenaan. Sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Tengi, SK Seri Fajar, SK Kampung Soeharto, SK Gedangsa, SK Gesir Tengah, SMK Soeharto dan SMK Gedangsa.
...........Antara acara yang disediakan bagi program tersebut ialah pertandingan membuat replika tapir mengguna bahan terbuang, menulis esei dan pertandingan mengumpulkan maklumat mengenai tapir.
...........Jalinan kerjasama antara sekolah2 terlibat dengan Jabatan Perhilitan an Taman Negara Negeri Selangor dilihat memberikan peluang bagi murid menambahkan ilmu mengenai kehidupan haiwan liar seperti tapir.
...........Adalah diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid, betapa pentingnya melindungi flora dan fauna agar tidak pupus dan dapat diwarisi lagi kepada generasi-generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment