..............Khamis, 13hb April 2017, bertempat di Foyer PPD Hulu Selangor, anjuran Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Hulu Selangor telah menganjurkan Perhimpunan Dwi Bulanan PPD Hulu Selangor. Perhimpunan kali ini selain melibatkan semua PGB Daerah Hulu Selangor, ia turut dihadiri oleh Pengurusan PPKI Sekolah Menengah dan rendah Daerah HS dan pihak Pos Malaysia.
...............Pada perhimpunan tersebut, selepas sahaja sesi ucapan, pihak jemputan di persembahkan persembahan nyanyian dan permainan alat muzik loceng oleh murid-murid PPKI. Selesai persembahan, penyampain taklimat Program Kelab Stem Sekolah oleh Pejabat Pos Malaysia yang disampaikan oleh Pn. Hadzarah Md Sood, selaku Pegawai Pemasaran.
...............Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Ulang Tahun Kelahiran yang disambut bagi Pegawai dan PGB Daerah Hulu Selangor pada Bulan Mac dan bulan April. Pelbagai barang dan makanan jualan di jual oleh PPKI Sekolah yang hadir.
No comments:
Post a Comment