LAMAN RUJUKAN

Wednesday, 19 April 2017

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN MOHD YUSOF



...............Rabu 19hb. April 2017, bertempat di dewan Redang PWTC, Kuala Lumpur, YB Dato' P. Kamalanathan, DPMK, KMN, Ahli Parlimen Hulu Selangor menyuarakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Zainal Abidin Mohd. Yusof, PPD Hulu Selangor atas perkhidmatan yang pernah dicurahkan dalam arena Pendidikan di Daerah Hulu Selangor. Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih khusus buat Tuan Haji Zainal Abidin Mohd Yusof ini turut dihadiri oleh semua PGB SM, SK, SJK T dan SJK C Daerah Hulu Selangor. Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Pendidikan, YB Dato' P. Kamalanathan sangat terkesan atas persaraan wajib Tuan Haji Zainal Abidin Mohd. Yusof PPD Hulu Selangor yang merupakan tulang belakang kepada beliau selaku Ahli Parlimen di kawasan Parlimen Hulu Selangor. 

...............Ucapan Tuan Haji Zainal Abidin Mohd. Yusof, mengimbas kembali kenangan beliau sejak mula berkhidmat di Daerah Hulu Selangor sehinggalah sampai saat kini dan akan terhenti pada tarikh 27hb April 2017, tarikh persaraan wajib beliau. Selaku Pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan, terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang dilalui. Jelas sekali beliau begitu bersemangat dalam memberikan komitmen yang tinggi selaku penjawat awam, khususnya sehingga menjadi Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor di bawah naungan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato' P. Kamalanathan, DPMK, KMN, 

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir. 
Tiba jua kiranya di muara waktu, 
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, 
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! 
Berdiri melihat denai-denai kenangan, 
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, 

Barangkali terdengar nanti, 
Suara bisikan melankolia, 
Ucap salam bekas sahabat kerja dan murid lama, 
Tegur sapa, senyum tawa, PGB Hulu Selangor. 

Tiba waktunya untuk menyusun jemari, 
Membuang segala kerikil bersalut di hati, 
yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, 
yang lebih dibahagi, 
yang kurang dilengkapi, 

Agar saat perpisahan ini indah, 
Terlerai segala durja gundah, 
Tersirna cebisan amarah, 
Terurai segala yang bercanggah. 
Bak air yang mengalir, 

Tiba juga kiranya di muara waktu, 
Pasti tersisa kenangan yang terindah, 
Berhias luka tidak berdarah, 
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu, 
Kerana sekali dipanggil guru, 
selamanya pun bergelar guru. 

Selamat tinggal suara-suara ceria, 
Ruang perhimpunan atau foyer ceria, 
Pantau sekolah dan PGB keletah, 
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, 
Bilik pejabat dan timbunan fail, 

Ruang restoren sekitar KKB tempat mesra terjalin. 
Selamat tinggal seribu kerenah, 

Datang dan pergi pelbagai wajah, 
Bercampur gembira bersisip gundah, 
Bergema didikan beralas madah, 
Selamat tinggal sebuah tempat bernama Pejabat Pendidikan Daerah! 
Selamat datang persaraan, 
Kerana segalanya hanya kesementaraan, 
Melengkapi perjalanan, 
Sebuah kehidupan! 

Bak air yang mengalir, 
Tiba juga kiranya di muara waktu, 
Di sini kami pasti merindu, 
hakikat seorang individu, Pegawai Pendidikan Daerah. 
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, 
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! 
Selamat berangkat dalam doa berkat, 

Selamat istirahat dari segala muslihat, 
Selamat bersara dengan senyuman mesra! 
Senyumlah seindah suria, 
Setelah mencurahkan segala-galanya, 
Pasti beroleh keredaan-Nya. 

Bak air yang mengalir, 
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir! 

Ghazali Lateh Kalumpang Resort and Training Centre, 31 Mac 2008
Digubah oleh PGB SKLB 2017












No comments:

Post a Comment

SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN