..................20 April, Khamis, bertempat di Dewan Dato' Rosni, SK Sg Tengi, bagi memantapkan pengurusan sekolah dan memberi pembugaran dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di dua buah sekolah, telah pun diadakan 'Bengkel Pembugaran SPSK SK Sungai Tengi dan SK Kampung Soeharto 2017'
..................Penceramah undangan pada bengkel tersebut ialah Pn Norliza bt Samad, Penolong PPD Pengurusan Kualiti, PPD Hulu Selangor. Seramai 34 orang guru SK Sungai Tengi dan 27 orang guru SK Kampung Soeharto yang terlibat dalam bengkel tersebut.
..................Bengkel ini memperkukuhkan jalinan kerjasama dan keakraban hubungan antara guru-guru dan memantapkan pengurusan SPSK SK Sungai Tengi dan SK Kampung Soeharto dan pengurusan pentadbiran kedua-dua buah sekolah.
..................Adalah diharapkan akan ada lagi program-program seperti bengkel ini dapat dijalankan lagi, selain ianya melibatkan sekolah-sekolah berhampiran di Hulu Selangor, secara tidak langsung akan memantapkan amalan pengurusan pentadbiran semua bidang bagi sekolah-sekolah berkenaan.
No comments:
Post a Comment