LAMAN RUJUKAN

Thursday, 27 April 2017

MAJLIS APRESIASI SANJUNGAN BUDI TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN MOHD YUSOF

............

............ Tarikh 27hb April 2017, Khamis, merupakan hari bersejarah buat semua sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dimana berlakunya Majlis Apresiasi Sanjungan Budi sempena persaraan wajib perkhidmatan pendidikan bagi Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

............ Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Daerah Hulu Selangor ini turut dihadiri oleh wakil Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Hulu Selangor, Guru Besar-Guru Besar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Hulu Selangor.Majlis tersebut turut dihadiri oleh PGB yang telah bersara serta jemputan.







............ Agenda  majlis dimulai dengan kedatangan Tuan PPD dengan diiringi oleh konvoi motorsikal berkuasa tinggi melalui sekolah-sekolah berhampiran Kuala Kubu Bharu. Setibanya di hadapan Kompleks Sukan Majlis Daerah Hulu Selangor, selepas nyanyian lagu Kebangsaan, Tuan PPD di berikan penghormatan membuat pemeriksaan perbarisan pasukan Uniform SMK Dato' Haji Kamaruddin. 




...........Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Norhisyam Bin Saimun, seterusnya Ucapan wakil Pengarah JPN Selangor,Tuan Haji Abdul Talib Bin Hamid, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN Selangor. Persembahan video khas buat yang diraikan di persembahkan dan disusuli oleh ucapan yang diraikan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Yusof mengisi agenda yang paling utama pada majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar delegasi yang akan meneruskan pengurusan pendidikan di Daerah Hulu Selangor terus komited dan memastikan pendidikan kepada murid-murid di Hulu Selangor ditahap yang cemerlang setanding dengan daerah-daerah yang lain di negeri Selangor.




 













No comments:

Post a Comment

SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN