LAMAN RUJUKAN

Thursday, 27 April 2017

MAJLIS APRESIASI SANJUNGAN BUDI TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN MOHD YUSOF

............

............ Tarikh 27hb April 2017, Khamis, merupakan hari bersejarah buat semua sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dimana berlakunya Majlis Apresiasi Sanjungan Budi sempena persaraan wajib perkhidmatan pendidikan bagi Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

............ Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Daerah Hulu Selangor ini turut dihadiri oleh wakil Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Hulu Selangor, Guru Besar-Guru Besar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Hulu Selangor.Majlis tersebut turut dihadiri oleh PGB yang telah bersara serta jemputan.

Saturday, 22 April 2017

SAMBUTAN HARI TAPIR SEDUNIA TAHUN 2017 ANJURAN JABATAN PERHILITAN.



...........22 April, Sabtu, bermula awal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun, Selangor. Telah diadakan Sambutan Hari Tapir Sedunia tahun 2017 anjuran Jabatan Perhilitan.

...........Program itu telah dirasmikan oleh Pengarah Perhilitan dan Taman Negara Negeri Selangor, En Rozidan bin Md Yasin.

...........Penyertaan dari beberapa 4 buah sekolah rendah dan 2 buah menengah memeriahkan program berkenaan. Sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Tengi, SK Seri Fajar, SK Kampung Soeharto, SK Gedangsa, SK Gesir Tengah,  SMK Soeharto dan SMK Gedangsa.

Thursday, 20 April 2017

BENGKEL PEMBUGARAN SPSK SK SG TENGI & SK KG SOEHARTO 2017


..................20 April, Khamis, bertempat di Dewan Dato' Rosni, SK Sg Tengi, bagi memantapkan pengurusan sekolah dan memberi pembugaran dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di dua buah sekolah, telah pun diadakan 'Bengkel Pembugaran SPSK SK Sungai Tengi dan SK Kampung Soeharto 2017'

..................Penceramah undangan pada bengkel tersebut ialah  Pn Norliza bt Samad, Penolong PPD Pengurusan Kualiti, PPD Hulu Selangor. Seramai 34 orang guru SK Sungai Tengi dan 27 orang guru SK Kampung Soeharto yang terlibat dalam bengkel tersebut.

..................Bengkel ini memperkukuhkan jalinan kerjasama dan keakraban hubungan antara guru-guru dan memantapkan pengurusan SPSK SK Sungai Tengi dan SK Kampung Soeharto dan pengurusan pentadbiran kedua-dua buah sekolah.

..................Adalah diharapkan akan ada lagi program-program seperti bengkel ini dapat dijalankan lagi, selain ianya melibatkan sekolah-sekolah berhampiran di Hulu Selangor, secara tidak langsung akan memantapkan amalan pengurusan pentadbiran semua bidang bagi sekolah-sekolah berkenaan.

Wednesday, 19 April 2017

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN MOHD YUSOF



...............Rabu 19hb. April 2017, bertempat di dewan Redang PWTC, Kuala Lumpur, YB Dato' P. Kamalanathan, DPMK, KMN, Ahli Parlimen Hulu Selangor menyuarakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Zainal Abidin Mohd. Yusof, PPD Hulu Selangor atas perkhidmatan yang pernah dicurahkan dalam arena Pendidikan di Daerah Hulu Selangor. Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih khusus buat Tuan Haji Zainal Abidin Mohd Yusof ini turut dihadiri oleh semua PGB SM, SK, SJK T dan SJK C Daerah Hulu Selangor. Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Pendidikan, YB Dato' P. Kamalanathan sangat terkesan atas persaraan wajib Tuan Haji Zainal Abidin Mohd. Yusof PPD Hulu Selangor yang merupakan tulang belakang kepada beliau selaku Ahli Parlimen di kawasan Parlimen Hulu Selangor. 

Saturday, 15 April 2017

PROGRAM 'JOM AMAL SIHAT PEMIMPIN TERBILANG' JPN SELANGOR




...............Bertarikh 15hb April 2017, Sabtu, telah diadakan Program  "Jom Amal Sihat, Pemimpin Terbilang' JPN Selangor. Dibawah pengelolaan Kelab Sukan dan Kebajikan JPN Selangor, KESUBA, antara objektif program ini ialah mengumpulkan semua pentadbir didalam setiap Jabatan dan Unit Pendidikan termasuk PPD dan pentadbir atau PGB sekolah seluruh Negeri Selangor. Disamping itu dana yang terkumpul pada program tersebut akan disumbangkan kepada murid-murid dan kakitangan yang memerlukan dan sebahagiannya akan digunakan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2017 pada bulan Mei nanti....

PERHIMPUNAN DWI BULANAN TERAKHIR PPD HULU SELANGOR: TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN YUSOF








..............Khamis, 13hb April 2017, bertempat di Foyer PPD Hulu Selangor, anjuran Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Hulu Selangor telah menganjurkan Perhimpunan Dwi Bulanan PPD Hulu Selangor. Perhimpunan kali ini selain melibatkan semua PGB Daerah Hulu Selangor, ia turut dihadiri oleh Pengurusan PPKI Sekolah Menengah dan rendah Daerah HS dan pihak Pos Malaysia. 

...............Pada perhimpunan tersebut, selepas sahaja sesi ucapan, pihak jemputan di persembahkan persembahan nyanyian dan permainan alat muzik loceng oleh murid-murid PPKI.  Selesai persembahan, penyampain taklimat Program Kelab Stem Sekolah oleh Pejabat Pos Malaysia yang disampaikan oleh Pn. Hadzarah Md Sood, selaku Pegawai Pemasaran.

...............Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Ulang Tahun Kelahiran yang disambut bagi Pegawai dan PGB Daerah Hulu Selangor pada Bulan Mac dan bulan April. Pelbagai barang dan makanan jualan di jual oleh PPKI Sekolah yang hadir. 


TAKLIMAT PELAKSANAAN BLUE OCEAN STRATEGY ONLINE TRAINING (BOSOT) FASA 2 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2017

Rabu, 12hb April 2017, bertempat di Bilik Bicara Pendeta, PPD Hulu Selangor, Taklimat Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (Bosot) Fasa 2  telah diadakan. Taklimat ini melibatkan kesemua PGB di Daerah Hulu Selangor. Berikut adalah perkongsian slide pembentangan bagi taklimat tersebut:



Wednesday, 12 April 2017

MAKLUMAN BORANG LAPORAN MASALAH INTERNET

Assalamualaikum, sebagai langkah membuktikan masalah talian internet yang makin menekan jiwa PGB, pihak sekolah perlu membuat aduan kepada pihak syarikat ytl di talian 018-799 8787 tiap kali menghadapi sebarang masalah. Sehubungan dengan itu, bagi merumuskan semua laporan diperingkat daerah, berikut di wujudkan borang laporan masalah internet SK Hulu Selangor. Semoga ianya dapat memberikan peluang untuk kita sama-sama adukan masalah dengan lebih bermakna.. berikut pautan borang online berkenaan: https://goo.gl/forms/wKKhRzVPQpYKeVso2

PORTAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN DIPERKASA






Kementerian pendidikan Malaysia telah menghapuskan ingatan dalam google search atas sebab mengelakkan pencerobohan yang memanipulasi url laman-laman portal KPM. Dengan itu semua 31 buah portal yang telah diwujudkan perlu melalui Portal Kementerian Pendidikan. Walaupun begitu pengguna khususnya warga pendidik masih boleh melayari portal secara terus dengan menaip url penuh laman portal yang dikehendaki. 

Sila simpan url di bawah.

Bil
Nama Aplikasi Online
Alamat (URL)
1
E-Operasi
2
E-Pangkat
3
E-Prestasi
4
HRMIS
5
SPLKPM
6
E-GTukar
7
E-Profil
8
SPPBS
9
NKRA - LINUS
10
SKPM
11
APDM
12
MySPATA (Aset) 
13
SAPS
14
e-Hadir Murid
15
VLEFrog
16
e-Nilam
17
EMIS
18
SSDM
19
SSQS
20
e-Kehadiran guru
21
Penarafan Keselamatan Sekolah
22
Myspata
23
Ujian Komptensi ICT
24
SISTEM SKPK PRASEKOLAH
25
eperlu
26
edaftar menengah
27
edaftar rendah
28
sekolah kawalan
29
EPIDP
30
Ekoko
31
E-Nazir

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEGAWAI DAN PGB 2017


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 12hb. April 2017 di JPN Selangor. Ucapan tahniah khusus kepada Tuan PPD Hulu Selangor, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Yusof yang berjaya melahirkan penerima APC daripada Daerah Hulu Selangor. Semoga anugerah yang diterima menyuntik semangat agar terus giat bekerja dalam kerjaya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. 





SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN