...............7hb Februari 2017, di SK Bukit Beruntung, satu majlis peringkat sekolah dengan tema Lambaian Kasih, Sanjungan Budi, sempena Majlis Persaraan Pn. Nor Azian Binti Abdul Manan telah diadakan dengan jayanya. Pelbagai pihak dijemput hadir datang memenuhi jemputan seperti Y.B. Datuk Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ADUN Batang Kali, Wakil Pengarah JPN Selangor, En. Zainal Abidin Bin Mohd Yusof. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, En. Mohamad Alwan bin Ginen,YDP MGB Selangor, MGB Daerah Hulu Selangor, Wakil MGB Daerah-Daerah Negeri Selangor, Kelab Kebajikan Guru SKBB, PIBG SKBB, Nadhi Edar SDN BHD dan semua tetamu yang turut hadir.
...............Tampak sekali imbas daripada ucapan dan perilaku lagaknya seolah-olah beliau mahu terus dengan kerja yang diamanahkan. Namun hakikat kehidupan kerjaya seorang pegawai perkhidmatan, sampai ketikanya akan tetap menempuhi waktu persaraan, asal sahaja kesihatan dan umur mencecah umur bersara itu. Khusus buat Pn. Nor Azian dan umum buat Guru Besar-Guru Besar yang telah bersara dan akan bersara, terimalah Puisi Persaraan buat kalian....
Selamat Menempuh Alam Persaraan... kelak kami susuli jua.... Terima Kasih Cikgu....
Puisi Persaraan
Tiba jua di persimpangan ini,
Barulah kita tahu besarnya erti budi,
Makna jalinan kasih yang abadi,
Semarak mesra yang mercup dalam manis bicara,
Dan nilai setia semua yang ada,
Mengadun citra seanggun permata,
Terukir dalam jiwa bahagia.
Setia di sini untuk melengkapi waktu,
Menenun harapan dengan iltizam dan restu,
Tanpa curiga menusuk rasa,
Lantaran di sini semua saudara,
Penghibur duka pemulih lara,
Penyambung pesona ke usia bersara.
Budi segunung tercurah dalam rencana,
Bakal mengerdip sinar kemilau arca kencana,
Terhias di dinding minda, memarak asas wacana,
Meruap bangga memangkin kesima,
Melarik teladan ikutan bermakna.
Semarak rindu kami nanti,
Mengenang detik manis yang semakin sepi,
Hilang bicara mesra, lupus kiranya gurau senda,
Jarak dan ruang pasti semakin dirasa,
Justeru langkah dan arah kian berbeza.
Kasih ini tetap kukuh,
Terpahat dalam ingatan yang teguh,
Terbit dari ikatan ukhuwah yang ampuh,
Rindu nostalgia di sini berlabuh.
Setia budi semarak kasih,
Untukmu tuan insan terpilih,
Pergimu tuan bukan tersisih,
Budimu tuan di hati membenih.
Setia budi semarak kasih,
Tuan berangkat kami yang merintih.
Dr. Ghazali Lateh,
2/12/09Hotel Summit, USJ
Terima kasih kpd admin yg sudi mengabadikan memori persaraan saya di laman yg indah ini.Teruskan perjuangan & khidmat bakti untuk agama, nusa dan bangsa.
ReplyDelete