..............Pada 20 Februari 2017, bertempat di Dewan Al-Farabi, SMK Taman Bunga Raya 1, telah diadakan Penataran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Semua Pegawai daripada Unit Akademik di PPD Hulu Selangor bersama PGB dan Penolong Kanan Pentadbiran bagi sejumlah 69 buah sekolah di Daerah Hulu Selangor telah hadir sebagai peserta program tersebut. Penataran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Hamidah Binti Abdul Samad selaku Timbalan Pegawai PPD Daerah Hulu Selangor.
.............Seramai 6 orang pegawai daripada jemaah Nazir telah ditugaskan memberikan info yang jelas berkenaan pendokumentasian SKPMg2 diperingkat sekolah. Segala bahan berkaitan penataran boleh dimuat turun pada pautan berikut: Bahan SKPMg2 2017
No comments:
Post a Comment