..........Selasa, 14hb. Februari 2017, bertempat di Foyer Pejabat Pendidikan Daerah telah diadakan Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan PPD HS (Januari Dan Februari) bagi tahun 2017. Kesemua 51 buah sekolah didalam daerah di jemput bagi menghadiri dan meraikan majlis tersebut.
Sedikit info intisari perhimpunan Perhimpunan Dwi Bulanan tersebut:
Ucapan En.Ahmad Nasir Bin Mohd Salleh, Ketua Penolong PPD Unit Akademik:
1. Aktiviti Pendidikan Abad ke-21 atau sinonim disebut sebagai PA 21 perlu lebih diutamakan daripada prasarananya. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah tidak terlalu risau jika kurangnya prasarana berkaitan berlaku di sekolah. Apa yang penting ialah kerja buat yang berfokus kepada aktiviti murid perlu dilaksanakan.
2. Profesional Learning Communities PLC perlu diamalkan di sekolah termasuklah komuniti masyarakat yang berada di sekeliling sekolah. Bagi penekanan PdP Abad ke-21, komuniti di sekolah khususnya semua warga pendidik perlu berlapang dada dan bersedia mewujudkan segala aktiviti yang disarankan disamping menambahbaik dengan menggunakan medan PLC yang telah diwujudkan. Kolaboratif dalam PLC merupakan amalan terbaik bagi pihak sekolah yang memanfaatkannya.
Ucapan Tuan Haji Zainal Bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor.
1. Selamat datang khas buat PGB yang baru ditempatkan dan yang terlibat dalam pergerakan setara di Daerah Hulu Selangor. Diharapkan pergerakan yang dilakukan akan memberi peluang kepada yang terlibat menambahbaik perkhidmatan yang diberikan,
2. Pelan Strategik yang dibina di sekolah, perlu dijadikan rujukan utama kerana ia merupakan panduan sekolah masing-masing bagi mengatasi setiap isu yang timbul di sekolah. Sebagai pentadbir, mengemudikan hala tuju sekolah perlu dilaksanakan dengan penuh amanah.
3. Mesyuarat agung PIBG sekolah perlu perlu diadakan sebelum 31 Mac merujuk kepada perlembagaan yang sedia ada. Sila rujuk surat siaran yang berkaitan bagi panduan perlaksanaan semasa.
4. Peringatan kepada pihak sekolah supaya tidak lagi dibolehkan memberi cenderamata kepada perasmi dalam sebarang program kerana ia beranggah dengan Surat Siaran terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia: KPM. 100-1/10/1 Jld. 7 ( ) bertarikh 19 Januari 2017.
5. Peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia, BKAP 1M perlu disemak oleh semua sekolah seawal mungkin kerana ianya perlu diagih segera. Pihak sekolah disarankan menjemput ibu bapa dan menyusun program tersebut dengan sebaiknya.
6 Sebagai penambahbaikan gerak kerja pendidikan pada tahun ini di sekolah, disarankan semua pihak mengurangkan isu-isu khususnya yang melibatkan urusan-urusan kepada semua pelanggan seperti ibu bapa dan penjaga, murid-murid dan warga kerja di sekolah. Di masa kini semua pelanggan yang terlibat boleh membuat aduan dalam talian serta merta dan ianya diharapkan dapat dielakkan.
7 Sebahagian Peruntukan-peruntukan belum dapat diturunkan dan diharapkan pihak sekolah berjimat cermat dan sentiasa bijak menguruskan kewangan yang ada di sekolah.
8. Sebagai Key Performance Indicators, KPI Sasaran Gred Purata GP Daerah bagi UPSR Daerah Hulu Selangor ialah 2.55.
.........Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan seterusnya berhenti rehat dan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah bagi semua Unit dan PGB Daerah diadakan selepas itu.
No comments:
Post a Comment