LAMAN RUJUKAN

Tuesday, 28 February 2017

PERSARAAN PN ROHANAH MOKHTAR 2017





...................Pada tanggal 28hb Februari 2017, Pn. Hajjah Rohanah Binti Mokhtar, Guru Besar SK Sungai Choh, telah menyambut kelahirannya kali terakhir sebagai penjawat awam di bidang perguruan. Beliau diraikan dalam Majlis Persaraan Guru Besar di peringkat sekolah. Turut hadir meraikan ialah En. Rozman Bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Pengarah, Guru Besar-Guru Besar Daerah Hulu Selangor serta jemputan yang turut sama hadir...

Khas buat Pn. Hajjah Rohanah,

Terangnya api di Tanjung Andas
Nampak di laut kapal berinai
Sayang dan kasih boleh dibalas
Budi dan jasa puan tidak ternilai.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Monday, 20 February 2017

PENATARAN SKPMg2 JEMAAH NAZIR 2017


..............Pada 20 Februari 2017, bertempat di Dewan Al-Farabi, SMK Taman Bunga Raya 1, telah diadakan Penataran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Semua Pegawai daripada Unit Akademik di PPD Hulu Selangor bersama PGB dan Penolong Kanan Pentadbiran bagi sejumlah 69 buah sekolah di Daerah Hulu Selangor telah hadir sebagai peserta program tersebut. Penataran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Hamidah Binti Abdul Samad selaku Timbalan Pegawai PPD Daerah Hulu Selangor.

.............Seramai 6 orang pegawai daripada jemaah Nazir telah ditugaskan memberikan info yang jelas berkenaan pendokumentasian SKPMg2 diperingkat sekolah. Segala bahan berkaitan penataran boleh dimuat turun pada pautan berikut: Bahan SKPMg2 2017


Thursday, 16 February 2017

PROGRAM IMERSIF TINGGI (HIP)


    Pada 15hb dan 16hb Februari 2017 bertempat di SK Lembah Beringin telah  pun diadakan Program Imersif Tinggi (HIP). Program ini julung-julung kali diadakan di daerah Hulu Selangor. Terdapat 6 orang Pegawai daripada PPD Hulu Selangor dengan diketuai oleh Pn. Hadiniah Bin Ishak, Penolong PPD Bahasa Inggeris dan pesertanya pula melibatkan 24 buah sekolah di daerah Hulu Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh seorang Guru Besar atau Pentabir sekolah, seorang Ketua panitia Bahasa Inggeris dan seorang daripadanya wakil PIBG sekolah. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan program yang telah dijalankan ini akan terlaksana dengan baik dan berkesan secara tak langsung meningkatkan kesedaran pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris di masa hadapan murid-murid.

      Bagi sekolah yang berkenaan bolehlah memuat turun segala bahan berkaitan Program Imersif Tinggi (HIP) pada pautan berikut: http://goo.gl/s9mXGO

Tuesday, 14 February 2017

PERHIMPUNAN DWI BULANAN PPD HS (JANUARI DAN FEBRUARI) 2017


..........Selasa, 14hb. Februari 2017, bertempat di Foyer Pejabat Pendidikan Daerah telah diadakan Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan PPD HS (Januari Dan Februari) bagi tahun 2017. Kesemua 51 buah sekolah didalam daerah di jemput bagi menghadiri dan meraikan majlis tersebut.

Sedikit info intisari perhimpunan Perhimpunan Dwi Bulanan tersebut:

Ucapan En.Ahmad Nasir Bin Mohd Salleh, Ketua Penolong PPD Unit Akademik:

1. Aktiviti Pendidikan Abad ke-21 atau sinonim disebut sebagai PA 21 perlu lebih diutamakan daripada prasarananya. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah tidak terlalu risau jika kurangnya prasarana berkaitan berlaku di sekolah. Apa yang penting ialah kerja buat yang berfokus kepada aktiviti murid perlu dilaksanakan.

2. Profesional Learning Communities PLC perlu diamalkan di sekolah termasuklah komuniti masyarakat yang berada di sekeliling sekolah. Bagi penekanan PdP Abad ke-21, komuniti di sekolah khususnya semua warga pendidik perlu berlapang dada dan bersedia mewujudkan segala aktiviti yang disarankan disamping menambahbaik dengan menggunakan medan PLC yang telah diwujudkan. Kolaboratif dalam PLC merupakan amalan terbaik bagi pihak sekolah yang memanfaatkannya.

Sunday, 12 February 2017

BELASUNGKAWA 12 FEBRUARI 2017


...............12 Februari 2017 Rasa, Kuala Kubu Bharu, dikongsikan makluman sedih di media maya, Allahyarham Cikgu Ramli Bin Birin telah selamat kembali kerahmatullah. Arwah telah meninggal dunia di hospital Selayang. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Al-khalidiah, Rasa dan dikebumikan sebelum Zuhur hari ini. Arwah ketika semasa hidupnya pernah bertugas selaku Guru Besar di SK KKB Satu pada tahun 1989 hinggalah tahun 1999 dan arwah juga dimaklumkan pernah bertugas di SK Ulu Yam Bharu. Beliau dikhabarkan mengajar Bahasa Inggeris pada suatu ketika. Ramai dalam kalangan guru-guru yang mengajar di Hulu Selangor pernah diajar oleh arwah dan tidak kurang juga yang menjadi insan yang berjaya diwaktu ini. Ucapan takziah kepada keluarga arwah, Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman....

Al-Fatihah...........

Wednesday, 8 February 2017

TAKLIMAT PENGURUSAN PEPERIKSAAN KEPADA GURU BESAR NEGERI SELANGOR TAHUN 2017





.............8hb Februari 2017 bertempat di SMK Bandar Sungai Long, Kajang Selangor, Taklimat Pengurusan Peperiksaan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017 telah diadakan kepada Guru Besar-Guru Besar Daerah Hulu Selangor. Daerah yang terlibat dengan taklimat ini ialah Daerah Hulu Selangor, Daerah Gombak dan Daerah Hulu Langat. Antara yang turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Talib Bin Hamid, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, En. Rozman Bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Penilaian Dan Peperiksaan dan Penolong PPD Daerah-Daerah yang berkenaan, En. Mohamad Alwan bin Ginen YDP MGB Selangor dan tetamu jemputan.

Tuesday, 7 February 2017

PERSARAAN GB SK BUKIT BERUNTUNG: PN NOR AZIAN BINTI ABDUL MANAN


...............7hb Februari 2017, di SK Bukit Beruntung, satu majlis peringkat sekolah dengan tema Lambaian Kasih, Sanjungan Budi, sempena Majlis Persaraan Pn. Nor Azian Binti Abdul Manan telah diadakan dengan jayanya. Pelbagai pihak dijemput hadir datang memenuhi jemputan seperti Y.B. Datuk Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ADUN Batang Kali, Wakil Pengarah JPN Selangor,  En. Zainal Abidin Bin Mohd Yusof. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, En. Mohamad Alwan bin Ginen,YDP MGB Selangor, MGB Daerah Hulu Selangor, Wakil MGB Daerah-Daerah Negeri Selangor, Kelab Kebajikan Guru SKBB, PIBG SKBB, Nadhi Edar SDN BHD dan semua tetamu yang turut hadir.  

Monday, 6 February 2017

PERGERAKAN DAN PENEMPATAN SETARA GURU BESAR FEBRUARI 2017


................Isnin 6hb Februari bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Jalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. Program Taklimat dan Perjumpaan Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Selangor telah diadakan. Antara agenda program, seramai 5 orang Guru Besar mewakili Daerah Hulu Selangor telah menerima Surat Perlantikan dan Surat Penempatan Setara. Penyerahan surat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, S.I.S,Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Selangor.

Sunday, 5 February 2017

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMG2)

 Bahan SKPMg2

..............KPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.

..............Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. 

SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN