................Dengan berobjektifkan ingin meningkatkan kecemerlangan keputusan UPSR bagi Tahun 2017 khasnya DUN Hulu Bernam dan amnya Daerah Hulu Selangor, Program The Champion: Zoom Pecutan UPSR 2017 Dun Hulu Bernam yang dijalankan sejak 2 tahun yang lalu telah diadakan pada 11hb Ogos hingga 12hb Ogos 2017. Program pada kali ini telah diadakan di Dewan PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling.
................YB Datuk Rosni binti Sohar, selaku ADUN Hulu Bernam telah sudi hadir merasmikan
program tesebut bersama-sama semua ahli Jawatankuasa Induk dan pelaksana yang
dipengerusikan oleh Hajah Hamidah Binti Abdul Samad, Timbalan PPD Hulu Selangor. Ahli Jawatankuasa termasuklah Guru Besar-Guru Besar, guru Kaunseling dan Guru Pengiring serta murid-murid terpilih bagi 10 buah sekolah iaitu SK Sg Selisek, SK Hulu Bernam, SK Kalumpang, SK Gedangsa, SK Kampung Soeharto, SK Gesir Tengah, SK Sg Tengi, SK Sri Keledang, SK Seri Fajar dan SK Lembah Beringin.
................Dalam ucapan YB Datuk, beliau menasihatkan kepada peserta
yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 Sekolah-Sekolah Hulu Bernam agar
mengambil peluang sebaiknya melibatkan diri dalam program tersebut dengan penuh
semangat. Beliau juga meluahkan hasratnya ingin melibatkan semua sekolah di
Daerah Hulu Selangor, tetapi memandangkan kekangan peruntukan yang terhad,
hanya sebahagian sekolah selain DUN Hulu Bernam sahaja dapat di libatkan.
Penghargaan daripada Timbalan PPD Hulu
Selangor khas bagi YB Datuk atas keperhatinan dan tindakan yang menyokong
program di peringkat Hulu Bernam tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
No comments:
Post a Comment