LAMAN RUJUKAN

Thursday, 4 May 2017

KONVENSYEN GURU BESAR SELANGOR KALI KE-6



..............Majlis Guru Besar Selangor telah mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6 pada 2 hingga 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru.  Keahlian MGB Selangor adalah terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.

..............Pada tahun lepas, konvensyen yang sama telah diadakan di TH Hotel and Convention pada 5hb hingga 7hb April 2016. Hotel New York, Johor Bahru merupakan destinasi undian tertinggi pilihan peserta konvensyen 2016. MGB Selangor berbesar hati menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli. Ucapan tahniah kepada semua Guru Besar yang dapat menghadirkan diri. Komitmen ini bukan sahaja membawa nama daerah, bahkan Guru Besar yang hadir adalah duta yang memastikan suara MGB bukan setakat meraikan persaraan, tetapi membawa Hala Tuju Pendidikan Negeri Selangor sederap menuju kepada kecemerlangan yang TERBILANG.


Slot 2: PERKONGSIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

TN. HJ. SHAHARUDIN B. SHARIF
Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Moderator: EN. MEGAT FAUZI B. IBRAHIM (EXCO Majlis Guru Besar Selangor)

Slot 3: FORUM: PERANAN GURU BESAR MEREALISASIKAN SLOGAN SELANGOR TERBILANG

Sidang Panel

- PN. KHOO SWEE POH
Guru Besar SK Taman Megah (SBT) Petaling Utama

- PN. NOR HANEI BT. ABU BAKAR
Guru Besar SK Jalan Tiga (SBT) Hulu Langat

- EN. MOHD ISA B. ZAKARIYA
Guru Besar SK Seksyen 9 (SBT) Petaling Perdana

Moderator

TN. HJ. MOHD FAIZULLAH B. BUYONG
Guru Besar SK Taman Melawati 2, (SKK) Gombak


PERASMIAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM

● YB Tan Sri Hj Noh bin Hj. Omar

Menteri Kesejahteraan Bandar , Perumahan & Kerajaan Tempatan
Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor

SESI KHAS PERCAMBAHAN MINDA & PENUTUP

● Y.Brs Tuan Shashim Shah bin Harun
Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor
Moderator: En. Sukimin b. Juki (Timbalan Yang Di Pertua MGBS)

  













































 


















  











 














 
















No comments:

Post a Comment

SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN