LAMAN RUJUKAN

Friday, 5 May 2017

MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI PUAN YUSMA BINTI YUSOF



...............5hb. Mei 2017, bertempat di Dewan Budiman, SK Bukit Sentosa, Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi sempena persaraan Puan Yusma Binti Yusof telah diadakan dengan penuh ceria. Dimulakan dengan tarian Selamat Datang, serta ucapan-ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Kurikulum, Pegawai PPD yang diwakili oleh Timbalan PPD, Puan Hajjah Hamidah Binti Abdul Samad, Persembahan Montaj dan ucapan yang diraikan Puan Yusma Binti Yusof.

...............Upacara penyerahan tugas kepada Guru Besar yang baharu iaitu Encik Fidaus Bin Abu Hanifah telah diadakan mengakhiri ucapan beliau.

...............Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah, Jamuan, Persembahan Guru dan Murid serta Sesi Fotografi kenang-kenangan....

Thursday, 4 May 2017

KONVENSYEN GURU BESAR SELANGOR KALI KE-6



..............Majlis Guru Besar Selangor telah mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6 pada 2 hingga 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru.  Keahlian MGB Selangor adalah terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.

..............Pada tahun lepas, konvensyen yang sama telah diadakan di TH Hotel and Convention pada 5hb hingga 7hb April 2016. Hotel New York, Johor Bahru merupakan destinasi undian tertinggi pilihan peserta konvensyen 2016. MGB Selangor berbesar hati menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli. Ucapan tahniah kepada semua Guru Besar yang dapat menghadirkan diri. Komitmen ini bukan sahaja membawa nama daerah, bahkan Guru Besar yang hadir adalah duta yang memastikan suara MGB bukan setakat meraikan persaraan, tetapi membawa Hala Tuju Pendidikan Negeri Selangor sederap menuju kepada kecemerlangan yang TERBILANG.

DOA BUAT SAHABAT


SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN