.............19hb Mac 2017, Ahad Bukit beruntung, dalam kejadian kira-kira 5 petang pada Jumaat, 17hb Mac lepas, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun dari kawasan perumahan telah pergi ke sungai berdekatan yang berada di Kampung Timah SKC. Mereka dihanyutkan oleh air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai tersebut.
Seorang daripada mereka selamat manakala tujuh lagi ditemukan lemas dimana dua mayat terakhir ditemui pada hari ini.
..........
Tujuh mangsa yang dikenalpasti telah meninggal dunia akibat lemas ialah :
1. Shahrizat Abdullah, 12,2. Shahrizwan Abdullah, 10
3. Amirul Hakimi Khairul Amru, 9,
4. Muhammad Iskandar Shah, 12,
5. Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12,
6. Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10,
7. Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12,
..............Pelbagai pihak 'Search and Rescue' SAR memberikan bantuan bagi pencarian mangsa yang lemas dalam kejadian tersebut, diantaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Unit Anjing Pengesan.
..............Terdapat juga pihak-pihak lain yang turut sama mencari termasuklah Tuan Haji Zainal Bin Yusof, Pegawai PPD Hulu Selangor serta pegawai-pegawainya seperti En Jasni, En Rosli, En Hasli, Hjh Surial, En Nasir dan ramai lagi. Disamping itu, rakan Guru Besar dan pengetua turut sama membantu meredah sungai dan semak mencari mangsa seperti En Zailani, En Firdaus, En Zaini dan En Jamaluddin. Guru-guru sekitar daerah Hulu Selangor yang sanggup hadir membantu pasukan SAR
No comments:
Post a Comment