LAMAN RUJUKAN

Saturday, 12 May 2018

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017


..............12hb Mei 2018, bertempat di Setia Eco Templer Ballroom, Rawang, telah diadakan satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 peringkat Daerah Hulu Selangor anjuran PPD Hulu Selangor. Majlis tersebut merupakan medium pertemuan yang diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada warga guru dan kakitangan di sekolah. Seramai 287 orang guru serta kakitangan sekolah yang bertuah mendapat mengiktirafan tersebut. Dalam majlis yang sama, semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Selangor menjadi tetamu undangan kehormat yang dapat menyaksikan upacara yang dijalankan.
..............Berucap pada majlis tersebut, Tuan Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor begitu serius dalam memberi pengiktirafan yang mana beliau secara amnya menaruh keyakinan pengiktirafan yang diberikan oleh PGB merupakan  pengiktirafan yang tepat. Dalam pada yang sama beliau mengingatkan bahawa beliau amat suka dengan cogan kata yang telah dimulakan beliau di PPD Hulu Selangor, iaitu Huselian ; Sehati Mengungguli Prestasi. Impak yang diharapkan daripada gagasan tersebut ialah, dengan menghayatinya, PPD Hulu Selangor akan dapat mencapai 1/3 teratas terbaik pencapaiannya di Malaysia.
..............Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Dr. Aziah Binti Abdul Aziz, Pensyarah Kanan, Unit Jabatan Konsultasi, Mentoring & Coaching Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands










Dr. Aziah Binti Abdul Aziz, Pensyarah Kanan IAB bersama bekas pelajar NPQEL, 
Puan Kamariah Bt. Ab Rashid, Guru Besar SK Bukit Beruntung

Penyerahan Sumbangan Derma Kilat daripada ahli MGB SK Hulu Selangor disampaikan oleh Timbalan dan Naib MGB Hulu Selangor kepada En. Hasreen 
berikut berlakunya musibah kerosakan rumahnya akibat angin lintang di Hulu Bernam.


En. Norazimi bin Mohamad Yusuf, Guru Besar Kerling dan 
Guru sekolahnya yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

En. Arifin Bin Aban, Guru Besar Hulu Yam Bharu dan 
Guru sekolahnya yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017








SK ZON UTARA

SK ZON TENGAH

SK ZON SELATAN